BAB 3: PERNIAGAAN DALAM NEGERI
PERNIAGAAN DALAM NEGERI
1. Perniagaan dalam negeri meliputi semua aktiviti menjual dan membeli yang berlaku dalam negara yang sama.
2. Perniagaan dalam negeri terdiri daripada:
i. Perniagaan runcit
ii. Perniagaan borong
SALURAN AGIHAN
1. Perniagaan dalam negeri memerlukan saluran agihan untuk mengagihkan barang-barang keluaran kilang sehingga ke tangan pengguna akhir.
2. Terdapat empat jenis saluran agihan:
i. Pengeluar Pengguna
ii. Pengeluar Peruncit Pengguna
iii. Pengeluar Pemborong Peruncit Pengguna
iv. Pengeluar Ejen Pemborong Peruncit Pengguna
3. Pemilihan jenis saluran agihan bergantung pada sifat barang, kadar penggunaan sesuatu barang, dan saiz pasaran yang terlibat.
PERNIAGAAN RUNCIT
1. Perniagaan runcit merujuk kepada urusan jual beli barangan dalam kuantiti yang kecil.
2. Fungsi-fungsi peruncit:
i. Menjual beraneka jenis barang.
ii. Menjual dalam kuantiti yang kecil mengikut kehendak pengguna.
iii. Berdekatan dengan kawasan perumahan (pelanggan).
iv. Memberikan nasihat kepada pelanggan.
v. Menyampaikan maklumat kepada pemborong dan pengeluar.
vi. Menyediakan kemudahan kredit kepada pelanggan.
vii. Menyediakan perkhidmatan selepas kredit.
viii. Mengagihkan barang bagi pihak pengeluar dan pemborong.
ix. Menyimpan dan mempamerkan stok.
3. Terdapat dua jenis perniagaan runcit, iaitu perniagaan runcit kecil-kecilan dan perniagaan runcit besar-besaran.
4. Bentuk perniagaan runcit kecil-kecilan:
i. Kedai tunggal am dan kedai tunggal khas.
ii. Tanpa kedai seperti penjaja dan pegerai.
5. Bentuk perniagaan runcit besar-besaran:
i. Pasar raya.
ii. Kedai sejaras.
iii. Kedai aneka jabatan.
iv. Koperasi runcit.
6. Bentuk peruncitan lain:
i. Pesanan mel.
ii. Jualan langsung.
iii. Mesin peruncitan automatik.
iv. Francais.
v. E-dagang.
vi. Televisyen interaktif.
vii. Kedai katalog.
7. Ciri-ciri perniagaan runcit kecil-kecilan:
i. Memerlukan modal perniagaan yang kecil.
ii. Mudah ditubuhkan.
iii. Pengurusan dan pentadbiran tidak rumit.
iv. Membeli secara kecil-kecilan daripada pemborong.
v. Memberikan layanan peribadi.
8. Ciri-ciri perniagaan runcit besar-besaran:
i. Memerlukan modal perniagaan yang besar.
ii. Barang dibeli secara pukal daripada pengeluar.
iii. Membayar tunai atau dengan segera.
iv. Mengamalkan pengkhususan dan pembahagian kerja.
v. Jualan tunai dan sistem layan diri.
vi. Menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pelanggan seperti tempat letak kereta, lif, troli, penghawa dingin dan sebagainya
PERNIAGAAN BORONG
1. Perniagaan borong ialah kegiatan membeli barang secara pukal daripada pengeluar dan menjual dalam kuantiti yang dikehendaki oleh peruncit.
2. Fungsi pemborong:
i. Membeli barang secara pukal dan memecahkan pukal.
ii. Mengadakan kemudahan pergudangan.
iii. Membiayai pengeluar dan peruncit.
iv. Menyumbangkan maklumat tentang pasaran.
v. Menyediakan kemudahan pengangkutan.
vi. Menyiapkan barang-barang untuk dijual.
vii. Mengadakan promosi.
3. Pemborong dapat disingkirkan apabila:
i. Timbulnya arah aliran baru dalam perniagaan runcit.
ii. Wujud perniagaan runcit besar-besaran.
iii. Tertubuhnya koperasi-koperasi oleh para pengguna dan pengeluar.
iv. Pengeluar membuka kedai runcit sendiri.
v. Barang-barang mesti dibuat mengikut arahan atau tempahan khas pelanggan.
vi. Pengeluar melantik ejen sendiri.
vii. Kerajaan menubuhkan Lembaga Pemasaran untuk membantu para petani memasarkan hasil-hasil mereka.
viii. Barang-barang adalah amat mahal dan tidak mempunyai permintaan yang tetap seperti kereta api, kapal terbang , dan kapal tangki.
DOKUMEN PERNIAGAAN
1. Peringkat sebelum proses jual beli:
i. Jurnal perniagaan
ii. Surat pertanyaan
iii. Senarai harga
iv. Sebut harga
v. Risalah
vi. Katalog
2. Peringkat semasa proses jual beli:
i. Pesanan
ii. Surat rujukan perniagaan
iii. Nota maklumat
iv. Nota serahan
v. Nota kiriman
vi. Invois
vii. Invois performa
viii. Nota debit
ix. Nota kredit
3. Peringkat selepas proses jual beli:
i. Penyata akaun
ii. Resit
4. Butir-butir lain dalam dokumen perniagaan dalam negeri termasuklah:
a. Diskaun niaga:
i. Potong harga daripada harga dalam senarai harga, sebut harga, atau katalog.
ii. Diberikan dalam bentuk peratus dan akan ditolak terus daripada jumlah harga dalam invois.
b. Diskaun tunai:
i. Potongan wang tunai yang diberikan kepada pelanggan untuk menggalakkannya menjelaskan hutangnya dengan segera.
ii. Ditolak daripada jumlah hutang atau harga bersih dalam invois semasa pembayaran dijelaskan.
c. Masa serahan:
i. Serahan hadapan
ii. Serahan sedia
iii. Serahan segera
d. Syarat serahan:
i. Angkutan dibayar
ii. Angkutan hadapan
iii. Kos, insurans, tambang
iv. Percuma ke dalam kapal
v. Angkutan tambahan
vi. Tanpa kerja dan tanpa gudang
vii. Loko
viii. Percuma ke dalam gerabak
ix. Percuma di sisi trak
x. Percuma di sisi kapal
xi. Percuma sampai dermaga
e. Syarat pembayaran:
i. Bayar Waktu Terima (B.W.T)
ii. Tunai Waktu Pesanan (T.W.P)
iii. Tunai Segera atau Bayaran Segera
iv. Tunai Bersih atau Bayaran Bersih
KAEDAH JUALAN
1. Jualan tunai melibatkan pertukaran hak milik barangan dengan bayaran tunai kepada peniaga. Tanpa bayaran yang mencukupi, seseorang pelanggan tidak dapat menikmati sesuatu barangan.
2. Jualan kredit diberikan kepada pelanggan yang membeli dengan kemudahan kredit untuk tempoh masa tertentu. Jualan kredit terdiri daripada sewa beli dan bayaran tertunda.
3. Jualan prabayar meminta pelanggan membayar sejumlah bayaran sebelum perkhidmatan perniagaan dijalankan. Amalan ini popular untuk perkhidmatan pengangkutan dan perhubungan. Contohnya, kad telefon.
4. Jualan konsainan merujuk kepada perniagaan yang bergantung pada jumlah jualan. Peniaga diberikan komisen oleh pembekal berdasarkan nilai urus niaga semasa.
kenapa takda cara- cara mengira invois bab 5 tingkatan 4?
ReplyDeletetiada formula untuk bab kira kira?
terangkan mengapa perniagaan runcit tidak memerlukan perkhidmatan pemborong ?
ReplyDeleteapa jawapannya?
ReplyDeletetq
ReplyDeleteSaya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.
ReplyDelete