BAB 1

BAB 1: ASAS KEPADA PERDAGANGAN
KEPERLUAN DAN KEHENDAK MANUSIA
1.       Keperluan merujuk kepada barangan atau perkhidmatan penting yang membolehkan manusia hidup pada tahap keselesaan yang minimum.
2.       Manusia mempunyai 3 keperluan asas iaitu:
i.         Makanan.
ii.       Pakaian.
iii.      Tempat tinggal.
3.       Manusia mempunyai kehendak terhadap pelbagai barangan dan perkhidmatan untuk menikamati kehidupan yang lebih selesa dan seronok.
4.       Kehendak manusia tidak terhad kerana manusia semakin bertambah apabila taraf hidupnya meningkat.  Oleh itu, manusia perlu membuat pilihan mengikut keutamaan secara rasional.
5.       Perbezaan antara keperluan dengan kehendak:


Bil
Keperluan
Kehendak
i
Tuntutan semula jadi.
Tuntutan sesuatu yang timbul daripada pengalaman.
ii
Wajib dipenuhi untuk terus hidup.
Tidak wajib dipenuhi untuk terus hidup.
iii
Boleh disusun mengikut keutamaan dalam bentuk hierarki.
Keutamaan kehendak terpulang kepada individu.
iv
Senang dipenuhi.
Susah dipenuhi.
v
Sama untuk semua manusia.
Berbeza-beza mengikut jantina, umur, dan status sosial seseorang.


6.       Mengikut Model Hierarki Keperluan Maslow, keprluan manusia disusun mengikut keutamaan kepada 3 tahap iaitu:
i.         Keperluan fisologi.
ii.       Keperluan sosial.
iii.      Keperluan rohani.

PENGELUARAN
1.       Pengeluaran meliputi sebarang aktiviti yang mengasilkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia.
2.       Terdapat 2 jenis pengeluaran iaitu:
i.         Pengeluaran langsung.
ii.       Pengeluaran tidak langsung.
3.       Setiap proses pengeluaran menghasilkan nilai faedah.  Nilai faedah bermakna sesuatu barang atau perkhidmatan itu berupaya memberikan kepuasan kepada manusia.
4.       Terdapat 4 jenis nilai faedah iaitu:
i.         Nilai faedah bentuk.
ii.       Nilai faedah masa.
iii.      Nilai faedah tempat.
iv.     Nilai faedah milikan.
5.       Proses pengeluaran mempuntai 3 cabang  yang utama:
i.         Perusahaan melibatkan aktiviti pengeluaran yang mendapatkan bahan mentah dari tanah dan laut.  Perusahaan meliputi aspek ekstraktif, perkilangan dan pembinaan.
ii.       Perdagangan merupakan aktiviti pemindahan dan pertukaran hak milik dari pengeluar asal ke pengguna akhir.
iii.      Khidmat langsung merangkumi perkhidmatan peribadi secara terus kepada orang yang memerlukannya.  Contohnya pendidikan dan perubatan.

FAKTOR PENGELUARAN
1.       Aktiviti pengeluaran melibatkan 4 faktor iaitu:
i.         Tanah.
ii.       Buruh.
iii.      Modal.
iv.     Keusahawanan.
2.       Usahawan akan menggabungkan faktor-faktor pengeluaran secara cekap untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang dapat memberikan sumbangan ekonomi kepada masyarakat dan negara.
3.       Peniaga ialah pihak penjual yang mementingkan keuntungan.  Peniaga hanya melibatkan diri dalam aktiviti menjual dan membeli.
4.       Peranan usahawan:
i.         Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
ii.       Menghasilkan penemuan dan ciptaan baru.
iii.      Meninggikan taraf hidup dan kebajikan masyarakat.
iv.     Mewujudkan peluang pekerjaan.
v.       Memberikan sumbangan kepada pembangunan dan perkembangan ekonomi.
5.       Ciri-ciri usahawan termasuklah:
i.         Gigih, rajin, dan tidak mudah berputus asa.
ii.       Kreatif.
iii.      Inovatif.
iv.     Berani menghadapi risiko.

PENGKHUSUSAN
1.       Pengkhususan merujuk kepada penumpuan tenaga pekerja kepada aktiviti prosuktif tertentu berdasarkan minat, kebolehan, dan kemahirannya.  Pengkhususan dapat meningkatkan kecekapan seseorang individu.  Oleh itu, pengkhususan menguntungkan diri dan masyarakat.
2.       Terdapat 4 jenis pengkhususan iaitu:
i.         Pengkhususan mengikut pekerjaan (profesion).
ii.       Pengkhususan mengikut proses.
iii.      Pengkhususan antara kawasan.
iv.     Pengkhususan antarabangsa.
3.       Kelebihan pengkhususan ialah:
i.         Meningkatkan kecekapan dan kemahiran pekerja.
ii.       Menjimatkan kos dan masa latihan pekerja.
iii.      Mempercepatkan proses pengeluaran dengan penggunaan mesin dan jentera.
iv.     Mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan untuk kemahiran yang berlainan.
v.       Menikmati ekonomi pengeluaran dan kos overhed seunit yang rendah.
vi.     Mencungkil bakat, kemahiran, dan minat pekerja dalam bidang tertentu
4.       Kekurangan pengkhususan ialah:
i.         Mengehadkan daya kreatif dan inovasi pekerja.
ii.       Melakukan kerja yang berulang-ulang akan menyebabkan pekerja berasa bosan.
iii.      Mengeluarkan keluaran yang standard dan kehilangan keaslian mutu.
iv.      Menghadapi pengangguran jika sesuatu kemahiran tidak diperlukan lagi.
v.       Menanggung kos modal tetap yang tinggi.

SISTEM BARTER
1.       Pada zaman dahulu, manusia mengamalkan sistem sara diri, iaitu mereka mengeluarkan barang-barang keperluan dengan usaha sendiri.  Menyedari kelemahan sistem tersebut, manusia kemudiannya menggunakan system pertukaran barang.  Sistem ini dikenali sebagai sistem barter.
2.       Sistem barter dilakukan apabila manusia memerlukan barang-barang yang tidak dapat dihasilkan.  Oleh itu, manusia menggunakan barang lebihan keluaran sendiri untuk menukar dengan pihak lain.
3.       Kelemahan sistem barter ialah:
i.         Masalah kemahuan serentak
ii.       Kesukaran untuk membahagi-bahagikan barang yang hendak ditukar
iii.      Kesukaran untuk menentukan nilai barang yang hendak ditukar
iv.     Masalah penyimpanan nilai
v.       Masalah membawa barang

1 comment:

  1. assalamualaikum . sorry nak give comment skit . about that background . yah it's true memng nampak menyenngkn but if student nak baca it hard to read . because that bluee sea . i'm sorry and thanks for the note

    ReplyDelete