BAB 6: PEMILIKAN PERNIAGAAN
MEMULAKAN PERNIAGAAN
1. Terdapat beberapa cara untuk memulakan perniagaan:
a) Memulakan sendiri
b) Francais
c) Diundang
d) Warisan
e) Pengambilalihan
2. Sebelum memulakan perniagaan, seseorang usahawan perlu memilih jenis milikan bagi perniagaannya.
3. Milikan perniagaan yang diceburi oleh seseorang usahawan bergantung pada keupayaan serta modal yang ada padanya.
4. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan apabila memulakan perniagaan ialah:
a) Jenis dan milikan perniagaan
b) Modal
c) Lokasi
d) Pengetahuan dan pengalaman
e) Bekalan
f) Undang-undang
5. Seseorang usahawan patut mempunyai pengendalian dan kawalan perniagaan yang lengkap.
6. Pengendalian dan kawalan perniagaan melibatkan perkara-perkara yang berikut:
a) Pengurusan stok
b) Pengurusan kewangan
c) Pengurusan sumber manusia
d) Pengurusan masa
e) Pengurusan risiko perniagaan
f) Pengurusan maklumat
MILIKAN TUNGGAL
1. Ciri-ciri milikan tunggal:
a) Dimiliki oleh individu secara bersendirian atau perseorangan.
b) Mudah ditubuhkan kerana tidak perlu mematuhi syarat-syarat penubuhan yang ketat.
c) Pemilik menentukan dan melaksanakan semua dasar dan keputusan tentang perniagaanya.
d) Pemilik hanya membayar cukai pendapatan peribadi yang rendah berbanding dengan syarikat berhad yang mesti membayar cukai syarikat.
e) Pemilik akan menanggung semua kerugian dan menikmati semua keuntungan perniagaannya.
2. Kebaikan-kebaikan milikan tunggal:
a) Memerlukan jumlah modal yang kecil.
b) Mudah ditubuhkan.
c) Mudah dikawal dan diuruskan.
d) Pemilik bebas mentadbirkan perniagaan mengikut kehendak sendiri.
e) Keuntungan dikenakan cukai pendapatan peribadi.
f) Mempunyai insentif untuk berkerja keras.
g) Boleh meletakkan perniagaan berhampiran dengan rumah pelanggan.
h) Memberi pekerjaan kepada ahli keluarga.
i) Dapat memberi kredit kepada pelanggan.
3. Kelemahan-kelemahan milikan tunggal:
a) Menanggung liabiliti tidak terhad.
b) Modal yang terhad menyekat perkembangan perniagaan.
c) Tiada pembahagian dan pengkhususan kerja.
d) Perniagaan mungkin tidak berterusan.
e) Beban kerja yang berat.
f) Tidak dapat menikmati kebaikan perniagaan runcit besar-besaran.
g) Menanggung segala risiko perniagaan.
PERKONGSIAN
1. Terdapat dua jenis perkongsian iaitu:
a) Perkongsian berhad
b) Perkongsian biasa
2. Sebab-sebab perkongsian ditubuhkan:
a) Untuk mengurangkan persaingan
b) Untuk mengumpulkan modal yang lebih besar
c) Untuk mendapatkan pengtahuan, pengalaman dan kemahiran peniaga-peniaga lain
d) Untuk menyebarkan risiko perniagaan kepada lebih banyak pihak
3. Kebaikan-kebaikan perkongsian:
a) Mudah ditubuhkan
b) Mudah mengumpulkan modal yang besar
c) Risiko perniagaan dapat disebarkan
d) Beban cukai pendapatan yang rendah
e) Pembahagian kerja dan pengkhususan
f) Liabiliti terhad bagi pekongi berhad
4. Kelemahan-kelemahan perkongsian:
a) Tindak-tanduk seseorang pekongsi mellibatkan semua pekongsi lain
b) Modal masih terhad
c) Kewujudan perkonngsian tidak kekal
d) Liabiliti yang tidak terhad
e) Kemungkinan berlakunya perselisihan
SYARIKAT AWAM BERHAD
1. Ciri-ciri syarikat awam berhad:
a) Dapat ditubuhkan oleh dua orang dan tidak ada had maksimum tetapi bergantung kepada jumlah syer yang diterbitkan.
b) Orang awam dapat memiliki syarikat awam berhad dengan membeli syer-syer syarikat.
c) Mendapatkan modal daripada orang ramai melalui penjualan syer-syer yang bernilai tetap.
d) Dikawal dan ditadbirkan oleh satu lembaga pengarah. Ahli-ahli dalam lembaga pengarah dilantik oleh para pemegang syer dalam satu mesyuarat agung tahunan.
e) Keuntungan dibahagikan kepada para pemegang syer dalam bentuk dividen.
f) Keuntungan dikenakan cukai syarikat.
g) Mesti mengadakan mesyuarat agung tahunan.
h) Akaun-akaun syarikat awam berhad wajib diaudit dengan sempurna oleh akauntan bertauliah dan satu salinan mesti dihantar kepada Pendaftar Syarikat pada setiap tahun.
2. Kebaikan syarikat awam berhad:
a) Menanggung liabiliti terhad
b) Mudah mengumpulkan modal yang banyak
c) Kewujudan lebih kekal
d) Syer syarikat mudah dipindah milik
e) Menikmati ekonomi bidangan
3. Kelemahan syarikat awam berhad:
a) Penubuhan lebih rumit dan mahal
b) Pengurusan lebih rumit
c) Milikan dan pengurusan adalah terpisah
d) Hal-ehwal syarikat terdedah kepada awam
e) Menanggung cukai yang tinggi
f) Terikat dengan Akta Syarikat
g) Kemungkinan wujud penyalahgunaan kuasa oleh Lembaga Pengarah
SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD
1. Ciri-ciri syarikat sendirian berhad:
a) Mempunyai taraf perundangan sendiri iaitu terpisah daripada para pemegang syer, dan boleh bertindak atas namanya sendiri dalam urusan pembelian harta, membuat perjanjian, mendakwa, dan didakwa.
b) Boleh dibentuk oleh minimum 2 orang dan maksimum 50 orang pemegang syer.
c) Tidak menjual syernya kepada orang lain.
d) Tidak diwajibkan untuk mengumumkan laporan kewangannya untuk pengetahuan orang ramai.
2. Kebaikan syarikat sendirian berhad:
a) Lebih murah dan mudah ditubuhkan.
b) Liabiliti pemegang syer terhad.
c) Hal-ehwal syarikat tidak diumumkan.
d) Modal yang besar.
e) Kewujudannya kekal.
3. Kelemahan syarikat sendirian berhad:
a) Modal terhad
b) Bilangan pemegang syer terhad
c) Syer tidak boleh disenaraikan di bursa saham
d) Penjualan dan pindah milik syer terhad
e) Menanggung cukai syarikat yang tinggi
f) Perpisahan antara pemilikan dengan pengurusan
g) Penyalahgunaan kuasa oleh lembaga pengarah
PERBADANAN AWAM
1. Ciri-ciri Perbadanan Awam:
a) Ditubuhkan oleh kerajaan melalui Akta Parlimen dan dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan.
b) Bertujuan untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan penting dan kemudahan-kemudahan asas kepada orang awam; contoh; Jabatan Kerja Raya dan MARA.
c) Biasanya diletakkan di bawah kawalan seorang menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen.
d) Tidak bertujuan mencari keuntungan semata-mata tetapi untuk memberi kemudahan kepada orang awam.
2. Kebaikan Perbadanan Awam:
a) Menyediakan kemudahan asas dan perkhidmatan kepada semua anggota masyarakat.
b) Sanggup menawarkan perkhidmatan penting yang rendah pulangan
c) Pengkhususan dan pembahagian kerja
d) Mudah mendapatkan modal
e) Menikmati ekonomi bidangan
f) Menyediakan perkhidmatan secara monopoli
g) Tiada pembaziran sumber
3. Kelemahan Perbadanan Awam:
a) Ketidakcekapan kerana tidak menghadapi persaingan
b) Penentuan dasar dipengaruhi oleh faktor politik
c) Diuruskan oleh kakitangan bergaji
d) Pengawalan dan pengurusan rumit
e) Sumber tidak digunakan dengan kemampuan maksimum
KOPERASI
1. Ciri-ciri koperasi:
a) Menjalankan perniagaan untuk memberi faedah ekonomi sosial untuk ahli-ahlinya.
b) Sekurang-kurangnya 100 orang mesti hadir dalam mesyuarat penubuhan koperasi
c) Mendapatkan modal daripada ahlinya dalam bentuk syer
d) Semua ahli mempunyai satu undi dan hak atau suara yang sama tidak kira jumlah syer yang dimilikinya
e) Mesyuarat agung tahunan mesti diadakan
f) Menjual barang-barang kepada ahli-ahlinya dan kepada orang ramai yang bukan ahli
g) Sebahagian daripada lebihan iaitu keuntungan akan disimpan sebagai rizab. Bakinya akan dibayar dalam bentuk dividen langganan
2. Kebaikan koperasi:
Kepada koperasi:
a) Mempunyai pelanggan-pelanggan tetap.
b) Menikmati kebaikan perniagaan secara besar-besaran
c) Keuntungan dikecualikan daripada cukai keuntungan
Kepada ahli:
a) Penyingkiran orang tengah
b) Harga barang yang berpatutan
c) Menikmati faedah liabiliti terhad
d) Mendapat bunga atas modal
e) Mendapat rebat atas belian atau dividen
3. Kelemahan koperasi:
a) Pemilikan dan pengurusan adalah terpisah
b) Ahli lembaga pengarah sentiasa berubah
c) Pertentangan pendapat dan dasar
d) Nilai pemilikan syer individu terhad
PENSWASTAAN
1. Penswastaan ialah pemindahan milik sesuatu perbadanan awam kepada sektor swasta. Kerajaan yang memiliki perbadanan awam menjual milikannya kepada pihak swasta.
2. Kebaikan penswastaan kepada kerajaan:
a) Mengurangkan beban perbelanjaan tahunan kerana bilangan kakitangan turut berkurangan.
b) Kerajaan dapat mengutip lebih banyak hasil melalui cukai atas keuntungan syarikat swasta yang diwujudkan.
c) Kerajaan boleh menumpukan perhatian kepada sektor-sektor ekonomi yang lain.
3. Kebaikan penswastaan kepada masyarakat:
a) Perbadanan awam yang diswastakan perlu bersaing dengan syarikat-syarikat swasta lain. Oleh itu, perlu meningkatkan mutu perkhidmatan atau barang keluarannya kapada orang ramai.
b) Harga barangan mungkin akan jatuh akibat daripada persaingan.