BAB 7

BAB 7: PELABURAN

PELABURAN
1.       Pelaburan merupakan usaha menangguhkan penggunaan pada masa sekarang untuk mengharapkan pulangan atau untung masa hadapan.  Tujuan pelaburan ialah untuk:
a)      Mendapatkan pulangan dalam bentuk pendapatan semasa.
b)      Menambahkan nilai keuntungan modal.
2.       Perbezaan antara pelabur dengan spekulator:
a)      Pelabur
i.         Menerima pulangan dalam bentuk syer bonus dan dividen
ii.       Berhati-hati dalam pelaburan dengan mengumpulkan maklumat lanjut sebelum membeli saham sesebuah syarikat.
iii.      Melabur untuk tempoh jangka masa panjang.
iv.     Menyebabkan harga saham lebih kukuh.
b)      Spekulator
i.         Menerima pulangan dalam bentuk perbezaan antara harga jualan dengan harga belian.
ii.       Pelabur melabur atas ramalan harga ndan khabar angin tentang perubahan harga.
iii.      Melabur untuk tempoh masa pendek.
iv.     Menyebabkan harga saham turun naik.

JENIS-JENIS PELABURAN
1.       Jenis-jenis pelaburan yang popular ialah:
a)      Akaun Simpanan Tetap.
b)      Saham.
c)       Harta Tanah.
d)      Unit Amanah.
2.       Akaun Simpanan Tetap:
a)      Juga dikenali sebagai akaun pelaburan
b)      Selamat
c)       Risiko pelaburan rendah
d)      Kadar faedah dibayar pada tarikh matang pelaburan
e)      Sesuai untuk jumlah wang yang tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu
3.       Saham:
a)      Terdiri daripada dua jenis, iaitu saham yang disenaraikan dan saham yang tidak disenaraikan.
b)      Merupakan nilai keseluruhan syer yang telah dibayar.
c)       Ada dua jenis syer, iaitu:
i.         Syer biasa:-
ü  Dibayar kadar dividen yang tidak tetap selepas pembayaran kepada syer keutamaan.
ü  Berhak untuk mengundi tetapi berisiko tinggi.
ii.       Syer keutamaan yang termasuklah:-
ü  Syer kumulatif
ü  Syer penyertaan
ü  Syer boleh tebus
ü  Syer boleh tukar
4.       Pulangan atas pelaburan saham bergantung pada:
a)      Keuntungan modal
b)      Dividen atau pembahagian keuntungan tahunan
c)       Syer bonus atau syer tambahan secara percuma
5.       Peranan Bursa Saham Kuala Lumpur:
a)      Memberikan maklumat saham yang terkini melalui media massa dan telekomunikasi.
b)      Membolehkan syer dipindah milik dan ditunaikan.
c)       Membantu syarikat-syarikat umum berhad mengumpulkan modal tambahan.
d)      Memastikan kewujudan harga syer yang realistik dan benar.
e)      Melindungi kepentingan pelabur.
f)       Mengelakkan penipuan dan penyelewengan pelaburan.
6.       Faktor-faktor yang mempengaruhi harga saham:
a)      Jumlah permintaan dan penawaran saham di pasaran.
b)      Faktor spekulasi.
c)       Faktor ekonomi.
d)      Polisi kerajaan/politik
e)      Prospek dan pencapaian syarikat.
f)       Kecekapan pentadbiran dan pengurusan.
g)      Perubahan kadar bunga daripada simpanan di bank-bank perdagangan dan syarikat kewangan.
h)      Peluang pelaburan yang lain.
7.       Cara membeli syer:
a)      Pelabur/pembeli menghubungi broker.
b)      Arahan untuk membeli syer yang diingini
c)       Broker mencari penjual di BSKL
d)      Menandatangani kontrak belian
e)      Pelabur membayar harga dan belanja lain selepas menerima nota debit
f)       Proses pindah milik dikendalikan
g)      Pendaftaran untuk sijil syer yang baru atas nama pelabur/pembeli
8.       Cara menjual syer:
a)      Penjual menghubungi broker
b)      Arahan untuk menjual syer pada tingkat harga tertentu
c)       Broker mencari pembeli di BSKL
d)      Menandatangani kontrak jualan dan borang pindah milik
e)      Menyerahkan sijil syer
f)       Mendapatkan bayaran atas jualan syer tersebut
9.       Faedah membeli saham:
a)      Peluang menghubungi broker
b)      Memperoleh keuntungan modal
c)       Memperoleh pendapatan dalam bentuk dividen
d)      Kecairan pelaburan
e)      Berpeluang untuk memiliki hak tertentu
10.   Unit Amanah merupakan jenis pelaburan untuk orang ramai oleh syarikat pelaburan yang profesiaonal:
a)      Tiga jenis pelaburan dalam unit amanah, iaitu amanah saham, amanah harta tanah, dan gilts.
b)      Pelaburan unit amanah mempunyai risiko yang rendah dan kadar pulangannya juga kurang daripada pelburan saham.

PANDUAN AM UNTUK MELABUR
1.       Semasa melabur, pelabur mesti mengambil kira faktor-faktor yang berikut:
a)      Risiko dalam pelaburan
b)      Pulangan daripada pelaburan modal
c)       Mudah tunai dan mudah dipecah bahagi, iaitu kecairan pelaburan
d)      Maklumat tentang institusi pelaburan berkenaan
e)      Modal yang dimiliki
f)       Berpengetahuan, bersikap rasional dan berhati-hati
2.       Selain itu, pelabur patut mengambil sikap yang rasional seperti
a)      Melabur dalam bidang yang dikenali
b)      Jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain
c)       Dapatkan pelbagai maklumat daripada prospektus atau media massa
d)      Jangan tergesa-gesa untuk memindahkan pelabuhan
e)      Amalkan sikap sabar dan berhati-hati
f)       Tentukan pulangan yang dikehendaki atau dijangkakan